Sunday 17 December 2017

BERDUROK BAK DILAU

Sk Tebaang Daro


Ini adalah sekolah saya. Sudah berkhidmat hampir 3 tahun sejak 2014. Jika ingin lebih mengenali mengenai sekolah saya, anda boleh melawati blog sekolah kami di sini




Pada 10 Ogos yang lalu, SK Tebaang telah berjaya menganjurkan Majlis Permuafakatan. Saya ingin berkongsi video tarian yang dipersembahkan oleh anak murid saya sendiri semasa Majlis permuafakatan. 


Kumpulan tarian dan guru 


Bersama adik Usmarul dan Faiq

Sila layari link di bawah untuk melihat persembahan tersebut



Monday 11 December 2017

Etnik-etnik di Sarawak- bumi

Kali ni kita mengenal etnik-etnik di Sarawak pulak...


Sarawak mempunyai bilangan penduduk yang sangat ramai sekali antara-antara negeri di Malaysia, iaitu seramai 2.07 juta orang. Kuching sebagai ibu nehegi merupakan rumah kepada 458,300 orang. Ini menyebabkan ia menjadi bandar yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan mendapat kedudukan yang ke tujuh di Malaysia.


Sarawak mempunyai 27 etnik besar yang dikemukan setakat ini. Kesemua kumpulan etnik ini mempunya bahasa, kebudayaan dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pedalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk adalah di dataran lembah pantai, lembah sungai di bahagian barat Kunching dan kawasan antara Sungai Kayan dan Sungai Mukah.


Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak menyebabkan mereka tidak banyak berhubung dengan orang luar dan mendorong setiap kelompok etnik membentuk indentiti kebudayaan masing-masing mengikut persekitarannya.

Saya mempunyai beberapa orang sahabat dari beberapa etnik di Sarawak. Antaranya ialah:

  • Iban
  • Cina
  • Melayu
  • Bidayuh
  • Melanau
Maklumat mengenai kaum di Sarawak adalah di pautan di bawah. 

BUMIPUTRA DI SARAWAK

Kaum Iban - Bumi Kenyalang

Pada zaman dahulu, masyarakat Iban dikenali kerana kepahlawanannya. Keberanian dan kekejaman terhadap  musuh dikenali sebagai "Headhunter". Panggilan diberi kerana kemenangannya terhadap pihak musuh, ketua pahlawan tersebut perlu membawa pulang kepala musuh dan menggantungkannya di rumah panjang.

Perkahwinan pasangan etnik Iban, sangat unik kerana terdapat beberapa peraturan iaitu usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh tahun dan had umur pengantin perempuan tidak ada. Perkahwinan yang sempurna adalah perkahwinan yang mengikut adat. Pasangan yang melanggar mana-mana adat perlu membayar denda untuk mengelakkan pasangan penganting menghadapi musibah.


Masyarakat Iban dikatakan berasal dari satu daerah kecik di Kalimantan, Indonesia. Namun ada juga ura-ura mengatakan bahawa Iban sebenarnya berasal daripada  Myanmar yang membawa diri ke Indonesia seterusnya ke Sarawak.






Creative - Bow Ribbon Tutorial


Ribbon Bow boleh digunakan untuk buat balutan hadiah, decoration untuk hantaran dan lain-lain.
Boleh cuba senang je nak buat, practise make perfect...Goodluck !

Makanan-makanan di Sarawak

Pelbagai makanan yang saya cuba di Sarawak. Pengalaman dan pengetahuan mengenai makanan ini saya ingin kongsikan kepada rakan-rakan sekalian. 



NASI AYAM PENYET

Penyet itu adalah istilah yang berasal dari bahasa Jawa yang bererti lumat. Bermaksud bahan yang di masak di lumatkan.. dalam istilah bahasa Indonesia.. bumbunya di tumbuk lumat. Di hidangkan pula dengan sambalnya yang juga di tumbuk lumat. Bila di makan pula tempe, tahu, ulam-ulaman atau ayam di lumat-lumatkan pula di dalam sambal sebelum ianya di makan bersama nasi.


AMBUYAT

Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Labuan dan negeri-negeri Borneo seperti Sarawak dan Sabah di mana makanan ini kadangkala dikenali sebagai linut.

Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos.




MANOK PANSON


Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di Semenanjung Malaysia. ‘Manok’ bermaksud ayam dan ‘Pansoh’ bermaksud dimasak dalam buluh. 

Dalam Bahasa Iban pula,dikenali sebagai ‘Manuk Pansuh’ ataupun ‘ Manuk Lulun’. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain seperti daging ikan disediakan mengikut cara yang sama.



LAKSA SARAWAK

Laksa Sarawak juga merupakan makanan tradisional yang popular di Sarawak. Laksa Sarawak berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di Semenanjung. Bahan-bahan yang digunakan juga amat berbeza dan ketara.

Kuahnya seperti kuah mee kari akan tetapi rasanya amatlah berbeza dengan mee kari. Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas. Bahan yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun, isi ayam yang dicarik-carik, udang, tauge, hirisan telur goreng dan kuahnya. Laksa sarawak dihidangkan bersama sambal untuk menambah rasa kepedasan dan juga limau kasturi.


KEK LAPIS SARAWAK

Kek lapis Sarawak merupakan sejenis kek/kuih yang paling popular di sarawak. Kek lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di sarawak spt Hari Raya, Krismas, Gawai Dayak, dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina.

Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mula mencipta corak atau pattern kek itu.
Harga kek juga bergantung kepada besar, jenis corak dan kepayahan membuat kek tersebut. Jadi semakin besar, semakin banyak corak, semakin susah membuat kek tersebut,maka semakin mahal harga kek tersebut




MEE KOLOK 

Mee kolok juga merupakan mee yang popular di Sarawak dan semakin popular di Semenanjung Malaysia. Mee kolok banyak terdapat di kedai makanan Melayu dan Cina. Mee kolok terdapat dalam dua jenis iaitu mee kolok putih dan mee kolok kicap. Selain dikenali sebagai mee kolok, ia juga dikenali sebagai mee kampua, mee rangkai dan mee kering.

Tetapi ia lebih dikenali sebagai mee kolok. Bukan penduduk di Sarawak sahaja yang menggemari mee kolok tetapi orang luar yang datang ke Sarawak juga menggemari mee kolok. Keistimewaannya adalah rasa mee kolok berbeza dengan rasa mee goreng yang lain dan tekstur mee kolok juga kecil dan lembut serta kenyal.

Bumi Kenyalang

Sarawak digelar BUMI KENYALANG. Burung-burung ini adalah simbol-simbol budaya yang penting bagi masyarakat Dayak, yang mewakili semangat Tuhan. Ia juga dipercayai bahawa jika sebuah tanduk kelihatan terbang di atas kediaman, ia akan membawa nasib baik kepada masyarakat setempat.

https://sarawaktourism.com/

Sunday 10 December 2017

Sarawak Cultural Village

Assalamualaikum wbt. & Salam sejahtera,

Sarawak Culture Village
Dikenali sebagai Muzium Hidup. perkampungan budaya ini dibina untuk melindungi dan menunjukkan warisan budaya Sarawak. Terletak di Pantai Damai, Santudung, hanya 32km dari Kuching, ia adalah tempat yang sesuai untuk mempelajarai budaya dan cara hidup masyarakat setempat.

Berkeluasan 17 ekar, terdapat 150 orang yang tinggal di perkampungan ini, menunjukkan aktiviti harian tradisional dari pelbagai kaum di Sarawak seperti cara memproses sagu dan membuat kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan menari untuk menghiburkan tetamu.

Penduduk kampung ini menyediakan maklumat mengenai pelbagai budaya tradisional dan cara hidup mereka. Anda boleh melihat replika bangunan yang melambangkan setiap kumpulan etnik di Sarawak; rumah panjang orang iban, Bidayuh dan orang ulu, rumah tinggi orang melanau dan juga ladang orang cina.

Perkampungan ini juga mempunyai teater, di mana anda boleh menikmati persembahan tarian pelbagai budaya. Selain daripada itu, terdapat sebuha restoran dan kedai menjual kraftangan.



Pintu gerbang Kampung Budaya Sarawak



Bergambar bersama salah seorang penari di Kampung Budaya Sarawak


Tarian dan muzik sape di mainkan di rumah Iban

Sejenis tarian daripada salah satu kaum di Sarawak.

Pakaian tradisional yang terdapat di Sarawak.

Rumah panjang Melanau

Tarian Melanau


Pengalaman mencuba sendiri salah satu tarian di Sarawak

TARIAN ETNIK MELANAU DI DEWAN TEATER KAMPUNG BUDAYA



Tarian di dalam Dewan Teater




More Information https://www.scv.com.my

BUAH PELIK DI SARAWAK

Kehidupan di Sarawak sangat mengujakan dan makanan juga sangat banyak yang pelik dan seharusnya anda cuba.


Kali ini saya ingin memperkenalkan buah-buah yang hanya anda akan perolehi di Sarawak.

Let's Scroll down and see whether you have tried it or not..


Buah Pengalaban

Buah ini berwarna merah jambu. Kalau nak makan buah ini, ia perlu di celur dengan air panas mendidih, dan biarkan seketika. Cara nak mencelurnya, luruh atau leraikan buahnya celurkan dalam air panas selama 7 minit, bila buah sudah lembut, tapiskannya dan taburkan  garam halus secukupnya. Kulit berwarna pink menjadi lembut, bahagian berwarna putih akan menjadi lembut lemak dan berkrim, hanya perlu ditekan atau picit semua isi bahagian dalam akan terkeluar macam cairan aiskrim vanilla rasanya lemak berkrim dan sangat sedap.


 Buah Durian Merah 'Dubang' 


Durian Merah (Durio graveolens) mempunyai pelbagai gelaran daripada masyarakat setempat termasuk durian burung, durian kuning, durian merah, durian otak udang galah, durian dalit atau tabelak. Manakala mengikut suku kaum ada yang memanggilnya sebagai sukang (Kadazandusun), lalit (Bisaya), Mara’ang (Sungai) dan sebagainya. Berbeza pula di Sarawak durian ini selih dikenali sebagai isu/isau manakala masyarakat Kenyah sebagai durian daun kerana mempunyai daun sebesar telapak tangan orang dewasa.

Mempunyai fizikal luaran yang juga berduri seperti durian namun durinya adalah lebih tirus dan panjang dan warna kulit yang agak kekuningan. Walaupun terdapat beberapa jenis durian merah ini namun perbezaannya mungkin kurang ketara bagi orang-orang luar, yang pasti isinya berwarna merah.



Buah Bambangan

Buah Bambangan merupakan salah satu buah terkenal di Borneo terutamanya Sabah dan Sarawak mempuyai nama lain antaranya buah mawang, buah embang dan juga buah embawang. Mempunyai ciri-ciri persamaan dengan mangga namun mempunyai tekstur yang lebih kasar selain daripada mampunyai rasa yang masam.

Buah ini mempunyai pelbagai saiz dan bentuk yang kecil biasanya mempunyai bentuk yang lebih bulat, manakala jenis yang besar berbentuk agak bujur dan boleh mencapai berat sehingga 3-4 kilo sebiji.

Kulitnya berwarna coklat dan agak tebal manakala rasanya lebih mirip kepada buah bacang. Untuk menikmati buah ini, kita perlu mengoyakkan kulitnya yang tebal. Buah yang masak juga dikatakan lebih enak sekiranya dinikmati dengan garam dan cili.



Buah Dabai

Buah dabai merupakan buah bermusim dan kebanyakannya diperoleh dari kawasan tengah negeri ini begitu terkenal kerana kelunakan isi dan rasanya yang sedap. Cara memasak buah ini cukup mudah. Buah Dabai amat sensitif dengan haba panas. Jika kena panas memang masak dan boleh dimakan. Sedap pulak tu.

Buah yang telah masak di rendam jangan dibiar kena habiskan kalau dibiar lama warna kuning nya akan berubah warna hitam. Rasa nya juga sudah menjadi rasa jeruk dabai.


Buah tarap

Merupakan buahan hutan yg berasal dari Borneo namun pada masa kini, juga ditanam di Filipina dan Indonesia. Merupakan spesies nangka dan cempedak. Mempunyai isi yang sangat lembut, warna putih, dan isi sangat tebal dan manis.



Tarap dikategorikan sebagai buah yang sejuk jika dibandingkan dgn durian yang dikatakan buah yang panas. 


Introduction about our Blog..


Hi! Assalamualaikum n salam sejahtera.. Selamat datang ke Our Borneo life's story blog. Blog ini adalah hasil daripada Aini dan Aty. Hanya berkenalan selama sejam.. kami like best friend already.. Kami memilih untuk menceritakan pengalaman kami di Sarawak kerana kami pernah menetap dan belajar di Sarawak. hehe.. Let's explore our blog.. Hope you guys enjoy it and get some info about our journey..


Wednesday 6 December 2017

Convocation Picture

Majlis Penyampaian Anugerah
Saya telah belajar teknik-teknik menggunakan Adobe Photoshop software untuk menghasilkan gambar graduasi untuk murid tahun 6. 

Here we are going to share a video on how to edit picture using Adobe Photoshop software. 




Finish product




Adik Nasuha binti Daud.
Pelajar 6A UPSR 2017


Adik Azrieyl Hakimi Bin Abdullah
Tokoh murid terbaik 2017

Miss Aini
English teacher