Monday 11 December 2017

Etnik-etnik di Sarawak- bumi

Kali ni kita mengenal etnik-etnik di Sarawak pulak...


Sarawak mempunyai bilangan penduduk yang sangat ramai sekali antara-antara negeri di Malaysia, iaitu seramai 2.07 juta orang. Kuching sebagai ibu nehegi merupakan rumah kepada 458,300 orang. Ini menyebabkan ia menjadi bandar yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan mendapat kedudukan yang ke tujuh di Malaysia.


Sarawak mempunyai 27 etnik besar yang dikemukan setakat ini. Kesemua kumpulan etnik ini mempunya bahasa, kebudayaan dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pedalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk adalah di dataran lembah pantai, lembah sungai di bahagian barat Kunching dan kawasan antara Sungai Kayan dan Sungai Mukah.


Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak menyebabkan mereka tidak banyak berhubung dengan orang luar dan mendorong setiap kelompok etnik membentuk indentiti kebudayaan masing-masing mengikut persekitarannya.

Saya mempunyai beberapa orang sahabat dari beberapa etnik di Sarawak. Antaranya ialah:

  • Iban
  • Cina
  • Melayu
  • Bidayuh
  • Melanau
Maklumat mengenai kaum di Sarawak adalah di pautan di bawah. 

BUMIPUTRA DI SARAWAK

No comments:

Post a Comment