Monday, 11 December 2017

Kaum Iban - Bumi Kenyalang

Pada zaman dahulu, masyarakat Iban dikenali kerana kepahlawanannya. Keberanian dan kekejaman terhadap  musuh dikenali sebagai "Headhunter". Panggilan diberi kerana kemenangannya terhadap pihak musuh, ketua pahlawan tersebut perlu membawa pulang kepala musuh dan menggantungkannya di rumah panjang.

Perkahwinan pasangan etnik Iban, sangat unik kerana terdapat beberapa peraturan iaitu usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh tahun dan had umur pengantin perempuan tidak ada. Perkahwinan yang sempurna adalah perkahwinan yang mengikut adat. Pasangan yang melanggar mana-mana adat perlu membayar denda untuk mengelakkan pasangan penganting menghadapi musibah.


Masyarakat Iban dikatakan berasal dari satu daerah kecik di Kalimantan, Indonesia. Namun ada juga ura-ura mengatakan bahawa Iban sebenarnya berasal daripada  Myanmar yang membawa diri ke Indonesia seterusnya ke Sarawak.






No comments:

Post a Comment