Sunday 10 December 2017

BUAH PELIK DI SARAWAK

Kehidupan di Sarawak sangat mengujakan dan makanan juga sangat banyak yang pelik dan seharusnya anda cuba.


Kali ini saya ingin memperkenalkan buah-buah yang hanya anda akan perolehi di Sarawak.

Let's Scroll down and see whether you have tried it or not..


Buah Pengalaban

Buah ini berwarna merah jambu. Kalau nak makan buah ini, ia perlu di celur dengan air panas mendidih, dan biarkan seketika. Cara nak mencelurnya, luruh atau leraikan buahnya celurkan dalam air panas selama 7 minit, bila buah sudah lembut, tapiskannya dan taburkan  garam halus secukupnya. Kulit berwarna pink menjadi lembut, bahagian berwarna putih akan menjadi lembut lemak dan berkrim, hanya perlu ditekan atau picit semua isi bahagian dalam akan terkeluar macam cairan aiskrim vanilla rasanya lemak berkrim dan sangat sedap.


 Buah Durian Merah 'Dubang' 


Durian Merah (Durio graveolens) mempunyai pelbagai gelaran daripada masyarakat setempat termasuk durian burung, durian kuning, durian merah, durian otak udang galah, durian dalit atau tabelak. Manakala mengikut suku kaum ada yang memanggilnya sebagai sukang (Kadazandusun), lalit (Bisaya), Mara’ang (Sungai) dan sebagainya. Berbeza pula di Sarawak durian ini selih dikenali sebagai isu/isau manakala masyarakat Kenyah sebagai durian daun kerana mempunyai daun sebesar telapak tangan orang dewasa.

Mempunyai fizikal luaran yang juga berduri seperti durian namun durinya adalah lebih tirus dan panjang dan warna kulit yang agak kekuningan. Walaupun terdapat beberapa jenis durian merah ini namun perbezaannya mungkin kurang ketara bagi orang-orang luar, yang pasti isinya berwarna merah.



Buah Bambangan

Buah Bambangan merupakan salah satu buah terkenal di Borneo terutamanya Sabah dan Sarawak mempuyai nama lain antaranya buah mawang, buah embang dan juga buah embawang. Mempunyai ciri-ciri persamaan dengan mangga namun mempunyai tekstur yang lebih kasar selain daripada mampunyai rasa yang masam.

Buah ini mempunyai pelbagai saiz dan bentuk yang kecil biasanya mempunyai bentuk yang lebih bulat, manakala jenis yang besar berbentuk agak bujur dan boleh mencapai berat sehingga 3-4 kilo sebiji.

Kulitnya berwarna coklat dan agak tebal manakala rasanya lebih mirip kepada buah bacang. Untuk menikmati buah ini, kita perlu mengoyakkan kulitnya yang tebal. Buah yang masak juga dikatakan lebih enak sekiranya dinikmati dengan garam dan cili.



Buah Dabai

Buah dabai merupakan buah bermusim dan kebanyakannya diperoleh dari kawasan tengah negeri ini begitu terkenal kerana kelunakan isi dan rasanya yang sedap. Cara memasak buah ini cukup mudah. Buah Dabai amat sensitif dengan haba panas. Jika kena panas memang masak dan boleh dimakan. Sedap pulak tu.

Buah yang telah masak di rendam jangan dibiar kena habiskan kalau dibiar lama warna kuning nya akan berubah warna hitam. Rasa nya juga sudah menjadi rasa jeruk dabai.


Buah tarap

Merupakan buahan hutan yg berasal dari Borneo namun pada masa kini, juga ditanam di Filipina dan Indonesia. Merupakan spesies nangka dan cempedak. Mempunyai isi yang sangat lembut, warna putih, dan isi sangat tebal dan manis.



Tarap dikategorikan sebagai buah yang sejuk jika dibandingkan dgn durian yang dikatakan buah yang panas. 


No comments:

Post a Comment