Monday, 11 December 2017

Makanan-makanan di Sarawak

Pelbagai makanan yang saya cuba di Sarawak. Pengalaman dan pengetahuan mengenai makanan ini saya ingin kongsikan kepada rakan-rakan sekalian. 



NASI AYAM PENYET

Penyet itu adalah istilah yang berasal dari bahasa Jawa yang bererti lumat. Bermaksud bahan yang di masak di lumatkan.. dalam istilah bahasa Indonesia.. bumbunya di tumbuk lumat. Di hidangkan pula dengan sambalnya yang juga di tumbuk lumat. Bila di makan pula tempe, tahu, ulam-ulaman atau ayam di lumat-lumatkan pula di dalam sambal sebelum ianya di makan bersama nasi.


AMBUYAT

Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Labuan dan negeri-negeri Borneo seperti Sarawak dan Sabah di mana makanan ini kadangkala dikenali sebagai linut.

Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos.




MANOK PANSON


Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di Semenanjung Malaysia. ‘Manok’ bermaksud ayam dan ‘Pansoh’ bermaksud dimasak dalam buluh. 

Dalam Bahasa Iban pula,dikenali sebagai ‘Manuk Pansuh’ ataupun ‘ Manuk Lulun’. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain seperti daging ikan disediakan mengikut cara yang sama.



LAKSA SARAWAK

Laksa Sarawak juga merupakan makanan tradisional yang popular di Sarawak. Laksa Sarawak berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di Semenanjung. Bahan-bahan yang digunakan juga amat berbeza dan ketara.

Kuahnya seperti kuah mee kari akan tetapi rasanya amatlah berbeza dengan mee kari. Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas. Bahan yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun, isi ayam yang dicarik-carik, udang, tauge, hirisan telur goreng dan kuahnya. Laksa sarawak dihidangkan bersama sambal untuk menambah rasa kepedasan dan juga limau kasturi.


KEK LAPIS SARAWAK

Kek lapis Sarawak merupakan sejenis kek/kuih yang paling popular di sarawak. Kek lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di sarawak spt Hari Raya, Krismas, Gawai Dayak, dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina.

Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mula mencipta corak atau pattern kek itu.
Harga kek juga bergantung kepada besar, jenis corak dan kepayahan membuat kek tersebut. Jadi semakin besar, semakin banyak corak, semakin susah membuat kek tersebut,maka semakin mahal harga kek tersebut




MEE KOLOK 

Mee kolok juga merupakan mee yang popular di Sarawak dan semakin popular di Semenanjung Malaysia. Mee kolok banyak terdapat di kedai makanan Melayu dan Cina. Mee kolok terdapat dalam dua jenis iaitu mee kolok putih dan mee kolok kicap. Selain dikenali sebagai mee kolok, ia juga dikenali sebagai mee kampua, mee rangkai dan mee kering.

Tetapi ia lebih dikenali sebagai mee kolok. Bukan penduduk di Sarawak sahaja yang menggemari mee kolok tetapi orang luar yang datang ke Sarawak juga menggemari mee kolok. Keistimewaannya adalah rasa mee kolok berbeza dengan rasa mee goreng yang lain dan tekstur mee kolok juga kecil dan lembut serta kenyal.

No comments:

Post a Comment