Sunday 10 December 2017

Sarawak Cultural Village

Assalamualaikum wbt. & Salam sejahtera,

Sarawak Culture Village
Dikenali sebagai Muzium Hidup. perkampungan budaya ini dibina untuk melindungi dan menunjukkan warisan budaya Sarawak. Terletak di Pantai Damai, Santudung, hanya 32km dari Kuching, ia adalah tempat yang sesuai untuk mempelajarai budaya dan cara hidup masyarakat setempat.

Berkeluasan 17 ekar, terdapat 150 orang yang tinggal di perkampungan ini, menunjukkan aktiviti harian tradisional dari pelbagai kaum di Sarawak seperti cara memproses sagu dan membuat kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan menari untuk menghiburkan tetamu.

Penduduk kampung ini menyediakan maklumat mengenai pelbagai budaya tradisional dan cara hidup mereka. Anda boleh melihat replika bangunan yang melambangkan setiap kumpulan etnik di Sarawak; rumah panjang orang iban, Bidayuh dan orang ulu, rumah tinggi orang melanau dan juga ladang orang cina.

Perkampungan ini juga mempunyai teater, di mana anda boleh menikmati persembahan tarian pelbagai budaya. Selain daripada itu, terdapat sebuha restoran dan kedai menjual kraftangan.



Pintu gerbang Kampung Budaya Sarawak



Bergambar bersama salah seorang penari di Kampung Budaya Sarawak


Tarian dan muzik sape di mainkan di rumah Iban

Sejenis tarian daripada salah satu kaum di Sarawak.

Pakaian tradisional yang terdapat di Sarawak.

Rumah panjang Melanau

Tarian Melanau


Pengalaman mencuba sendiri salah satu tarian di Sarawak

TARIAN ETNIK MELANAU DI DEWAN TEATER KAMPUNG BUDAYA



Tarian di dalam Dewan Teater




More Information https://www.scv.com.my

No comments:

Post a Comment